4.12.10

Program Young Khalifah

Alhamdulillah~
29 Nov-3 Dis 2010..
Jiji selesai menghadiri program tersebut dengan jayanya!
Banyak yang Jiji dapat. Ilmu baru! Kawan baru~ Kenalan baru~
Semua baru!

Jiji ahli kumpulan satu. Ada 22 ahli termasuk Jiji. Ramai kan??
Peserta-peserta semuanya dalam lingkungan 9-16tahun.
Jurangnya terlampau kan? Jadi, pada asalnya jiji agak boring ar. Tapi, Jiji kan kanak-kanak ribena. so, tak kesah~ Haha..

Apa je yang dipelajari??
Kami ada belajar tentang solat. Kemudian ada juga sistem pembelajaran Imam As-Syafie. Lagi? Ada teknik-tenkik baca cepat. Apa lagi ya? erm, ada juga slide tentang kedatangan islam ke nusantara. Terkejut jugak bila tahu islam datang ke nagri2 nusantara pada ketika nabi masih hidup lagi! Maklumat lanjut akan disampaikan pada ceramah tahun baru Ustaz Muhammad di De Palma Inn Hotel, Shah Alam.

Game!
Antara game yang kami main..
Boom. Aiman kata. Nombor. Dan macam-macam lagi~ Seronok!

Lagu..
Lagu tema program kami ada tiga! Yang pertama..tajuknya Anakku. Yang kedua tajuknya Imam Syafie. Yang last~ Asmaul Husna versi Ustaz Muhammad. Kami ada jugak belajar lagu perut! Haha..



Kesimpulannya, Jiji seronok. Dan apa? Jiji gembira sebab Jiji dah habiskan masa dengan melakukan perkara yang berfaaedah! Yeah~ Dan..minggu depan, Jiji kena usaha lebih! Ada banyak lagi hari kosong menanti untuk diisikan. Sejarah, Add Math, Physics, Chemist..menanti untuk di baca..

Teruskan untuk cemerlang!!
Doakan Jiji ek?







13.11.10

Jamuan Pengawas yang da lepas

11 NOVEMBER 2010

Itulah tarikh berlangsungnya jamuan pengawas.
ceh~ Bukan apa sangat pun..cume Jiji nak share pengalaman.
Ya! Pengalaman menguruskan majlis yang agak besar~
Huhu...Sungguh..mengajar kami. Pengawas tingkatan tiga.

Carta Organisasi

PENGARAH:IZZAT IZZUDIN
PEN. PENGARAH:FATIN KAMILI
S/U:NORAZLIN
BENDAHARI:AZIMAH
AJK BAWAHAN:JIJI~HANIS NABIHAH~KHAULAH~NAZMY~AMAR~AIMAN~NAJI

Ahaha.. ape ye..
Oh..tentang pengalaman. Sebenarnya, kami sudah mula menguruskan majlis ini sebelum trip ke melaka lagi.
Tapi, apakan daya,, banyak lagi yang harus diuruskan.
1MINGGU!! hampirlah~ Dari Isnin sampai Khamis..Jiji terpaksa skip program sekolah semata-mata menguruskan majlis ini. Jiji juga mengorbankan masa bermesra dengan kawan-kawan.
Tak apalah. mesti ada hikmahnya. Kan?

Apa yang perlu diurus?
Mula-mulanya, majlis kami dirancang diadakan di dewan bestari.
sayangnya..dewan ade pembaikpulihan.
Dan kami terpaksa mengubah venue tu kepada dewan makan aspuri.
Bengangnya~ saat akhir dikatakan dewan boleh digunakan!

Kemudian, masalah PA sistem.
Kata Naji, Pa sistem sudah selesai diuruskan bersama cikgu PA sitemlah.
Tapi, saat akhir dikatakan TIADA!!
Betapa cuaknya bila malam tu majlis berlangsung tapi tader PA sistem!
Akhir sekali, kami meminjam speaker abang DM..
Dan..tiada mike~Huhu..

Apa lagi??
projektor~
Kata Naji lagi,(sebab dy yg urus PA)
Projektor da selesai urus.
Tapi, kami lambat bertindak..
Sepatutnya, projektor tu kena ambik kat pejabat sebelum jam 5.30.
Tapi, masing2 terlupa sampai dekat pukul 6 bru nak ambik..
Mesti ar pejabat dah tutup kan?
Mujur Tc. Sharifah bermulia hati mengizinkan kami meminjamkan projektor makmal fizik..

Akhirnya~ Alhamdulillah..majlis itu berjalan lancar..
Dengan ini, Jiji melampirkan gambar2 pengurusan kami selama 4 hari~
Hehe..huhu..haha..hihi..hoho











tu jela gambar yang jiji dapat masukkan~
hehe..

5.11.10

enjoy n fun~

kepada peminat-peminat blog jiji..(adeker??)
maaf sebab dah lama tak update blog kesayangan ney~

yeah!!kali ni, jiji nak cerita tentang kisah kami pelajar tingkatan tiga..
jalan-jalan di melaka..

TARIKH: 1,2 dan 3 Nov 2010
TEMPAT PENGINAPAN: Hotel Mahkota, Banda Hilir
STATUS: Hepi sampai ta sedar diri


1 Nov
Perjalanan pukul 11(lebey kurang) dari sekolah dengan gembiranya! Pukul 1 dah,,tapi tak sampai-sampai lagi. Dan, kami penumpang bas A tiba-tiba bas stop kat tepi jalan. Kenapa? Alamak...bas rosak.
Dan kami semua menunggu di bawah cahaya mentari terik hampir satu jam.
Mujur kami terstop kat sebelah taman. TAMAN SERIBU BUNGA. Ada seribuke bunge kat situ? Entah..tak kira lak~



Dah sampai leepas, alhamdulillah..
hari first,, tak wat pape..Jiji just jalan2 kat Mahkota Parade. Cuci mata. Haha..

2 Nov
Jiji bangun awal sebab dengar alarm bunyi ayam dari phone KayJ. Huhh!!
Perjalanan bermula jam 11 pagi.
Kami semua berjalan ke Muzium Memorial Kemerdekaan. Kemudian, Kota A Famosa jadi pilihan.
Lepas tu, kami pergi menaiki MENARA TAMING SARI..best3..

Petang..aktiviti bebas. Tapi, Jiji dan Azimah temankan Ulya carik CC.
Kat mana jumpe? Kat THE JETTY. Petang tu, kami makan KFC satu bilik. Hehe...
Malam? Bebas. Jiji gi jalan-jalan kat MP,Megamall, Dataran Pahlawa.. Semua arh Jiji pusing. Best. Yang tak bestnyer..no enough money to buy all.. Haha..

Lepas cuci mata.. Jiji dok kat lobi. Nan Ulya, Najihah, Azimah..Wat pe? Adalaa...pengalaman yang Jiji dapat kumpul. Kan Najihah??
Dan malam tu berakhir jam 1.30 pagi.







3 Nov
Dah nak balik...
Jam 1 petang, check out.
Meninggalkan Hotel Mahkota yang meninggalkan seribu kenangan dan pengalaman. Erti kehidupan yang sebenar.. ya!
Perjalanan terbahagi kepada dua trip.
Satu bas ke TAMAN BOTANI. Dan dua lagi ke WONDERLAND MELAKA. Wonderlang Melaka tu tempat baru taw!
Kirenye Jiji bertuah dapat jadi yang pertama. Haha..(gelak riak)

Siyesly, hepi giler kat wonderlang tu.. Lagi-lagi bila naik gelongsor yang paling tinggi. Tercabut jantung~
Bila dah pukul 6..balik~hurm..





rase macam sekejap je 3 hari berlalu..tapi, kenangan kami antara pelajar tingkatan tiga dapat dicipta bersama. walaupun dalam masa yang singkat.
kawan-kawan, kalau lepas ni, korang semua tak stay lagi kat sambest,, jiji harap kita tetap boleh jadi kawan. sebab kita semua nak kawan sampai ke syurga kan?